Connect with us
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Santai

You jangan main-main dengan i. You tak kenal siapa i

You jangan main-main dengan i. You tak kenal siapa i

You jangan main-main dengan i. You tak kenal siapa i”

“ Berapa kali saya nak terangkan. Encik kena sabar”

“ Oh, you tinggi suara ya? Nama apa? I’ll call my lawyer. Aku nak cakap dengan pengarah hospital sekarang!”

Bukan senang nak uruskan pesak1t yang tak faham bahasa. Semua dia nak cepat. Dah terbiasa dengan layanan VVIP. Dari tadi diperhatikan.

Mundar mandir seperti cacing kepanasan. Suruh duduk dan tunggu giliran tak mahu. Mahu terus dilayan.

Padahal ramai lagi orang lain yang datang lebih awal untuk disaring. Suruh jaga jarak, dia siap ajak member lain vaping sekali.

Bukan tak tahu, kawasan hospital tak boleh hisap rokok. Bila dilarang, “Bukan hisap rokok, vape lah!”

Mereka memang kluster dari kayangan. Tak pernah hidup susah. Tak pernah jadi miskin. Itu yang mendongak ke langit. Lupa nak berpijak ke bumi.

Dah kata jangan keluar negara. Tapi semua penerbangan ke luar negara penuh.

Bila pulang bawa v1rus balik. Sekarang kerajaan suruh buat saringan dan kuarant1n di pusat kuarant1n, banyak pula yang dia komplen. Komplen tandas busok lah.

Bilik takda aircond lah. Makanan tak sedap lah.

Susah nak beri kerjasama. Mereka ini tak perlu ramai. Ada 2-3 orang yang perangai begini dah pening kepala. Rasa macam handle 1000 orang.

H1na staff kesihatan macam takda maruah. Nak tunjuk dia ada kabel besar, boleh dapat layanan istimewa. Tolonglah!

“Nak aja beritahu cov1d, “ Weh, kau jangan masuk badan orang kayangan. Jangan masuk badan siapa-siapa pun. Kalau nak masuk juga, kami rela kau masuk kluster tabligh”

Tak pening kepala. Kluster paling mudah beri kerjasama. Walaupun ramai, tapi tak susah nak handle.

Mereka dengar arahan. Jaga jarak. Sabar tunggu giliran dan tak merungot. Ada siap tanya khabar. Tanya doktor dah makan atau belum.

Bila kita beri arahan, mereka ikut. Sebab mereka diajar untuk taat.

Bila di kuarant1n, ramai staff kesihatan terkesan melihat mereka. Al quran jadi teman. Solat awal waktu. Tiap kali doktor buat rondaan, mereka doakan.

Doktor yang letih pun jadi kuat. Ini luahan salah seorang sahabat saya sebagai frontliner yang menguruskan kluster dari kayangan.

Kami merawat tak kira bangsa, agama dan jantina. Semua sama. Cuma apa kami pinta beri kerjasama. Itu saja.

Sebab v1rus ini tak kenal siapa. Yang kaya, yang miskin, semua ada r1siko untuk kena. Ingat, kita hidup di dunia tak lama. Akhirnya, ke tanah juga.

Kongsikan cerita ini pada orang lain sebab masih ramai yang tak beri kerjasama pada petugas kesihatan. Boleh follow saya, Ahmad Samhan dan set See First supaya tak tertinggal cerita lebih menarik yang saya kongsikan dan boleh dijadikan teladan bersama.

You jangan main-main dengan i. You tak kenal siapa i
Sumber : Ahmad Samhan

Continue Reading

Santai

Selalu hadir buat pengumuman dengan kemeja putih lengan dilipat, perunding imej ini kongsi maksud sebenar penampilan PM

Setiap kali tiba waktu sidang media khas berkaitan penularan COVID-19, pasti rakyat ternanti-nanti susuk karisma Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun perasan tak, dalam tiga sidang media yang diadakan, Muhyiddin seringkali tampil dengan gaya penampilan bersahaja tanpa sebarang formaliti khusus seperti tidak memakai blazer dan melipat lengan baju kemejanya ke paras siku.

Perunding imej ini ada jawapannya.

Menurut Asnawi Yusof, pemilihan gaya pakaian perdana menteri itu sebagai bijak kerana dalam konsep berpakaian, ada beberapa perkara yang memberi kesan psikologi manusia.

Ini termasuklah pilihan warna, padanan corak, aksesori dan juga formaliti pakaian namun ia tidak semestinya benar tetapi mampu beri pengaruh secara tidak langsung kepada yang melihat dan mendengar.

“Contoh paling mudah adalah apabila kita tengok seorang warga emas memakai kopiah, berjanggut sederhana panjang dan percakapan sentiasa berlandaskan agama, automatik kita akan memanggilnya ‘tuan haji’.

“Tengok orang pakai sut, bertali leher dan berkasut hitam oxford, sambil bercakap guna iPhone 11 Pro, automatik kita akan kata ‘dia orang berjaya’ atau ‘anak orang kaya’,” katanya.

Pemilihan gaya oleh Perdana Menteri

Mengulas lanjut mengenai pemilihan gaya Muhyiddin, Asnawi memberitahu kemunculan beliau ketika sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pengumuman perihal keadaan semasa Covid-19 pada 13 Mac dan 16 Mac lalu ada maksud di sebaliknya.

Jika dilihat pada kedua-dua sidang media itu, Asnawi berkata, Muhyiddin memilih kemeja putih tanpa corak bersama tali leher kelabu gelap dengan corak minimal serta kemeja biru cair bersama tali leher rona sepadan tanpa memakai blazer.

Selalu hadir buat pengumuman dengan kemeja putih lengan dilipat, perunding imej ini kongsi maksud sebenar penampilan PM

Secara psikologinya kata Asnawi, beliau kelihatan suci dan jujur tanpa sebarang ‘maklumat tersembunyi‘ yang disimpan dan tali leher yang dipakai memberikan tanda keamanan dan harmoni supaya nampak lebih dekat dengan masyarakat.

“Muhyiddin turut mengurangkan formaliti dengan tidak memakai blazer supaya rasa lebih membumi dengan masyarakat terutamanya golongan rakyat biasa,” jelasnya.

Continue Reading

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.